Hubungi Saya
+601123052822 or Click Here
Article

‘Nak anak perempuan, bacalah Surah Maryam’.. betulkah?

 

 

(Gambar mak saya dengan Aliya, cucu perempuannya yg pertama..)

 

Petua orang tua-tua, kalau mahukan anak lelaki ‘hensem’ mengalahkan ‘superman’, bacalah Surah Yusuf, dan jika ingin anak perempuan anda comel dan cerdas pula, jadikanlah Surah Maryamlah sebagai surah wajib harian….

Saya tidak tahu dari mana kepercayaan ini bersumber…adakah ia diambil dari hadis berderajat ‘muttafaqun alaih’ atau hadis maudu’, itu masih belum saya kaji….mungkin juga ia hanya ‘hearsay’ yang bertukar kepada pegangan turun-temurun, itu saya tidak pasti….  namun, disebabkan naluri ingin menimang anak perempuan begitu meronta, sedikit-sebanyak termakan juga dengan ‘pedoman turun-temurun’ masyarakat melayu itu….

Dan akhirnya, pepatah ‘orang tua banyak makan garam’ sedikit-sebanyak ada benarnya juga – dalam kes kami, petua mereka memang ‘masin’, kerana memang benar saya dikurniakan anak perempuan!

Tetapi pembaca jangan cepat memandang serong dahulu…. saya tidaklah mudah menelan bulat-bulat petua tersebut, cuma apa yang saya lakukan sepanjang isteri mengandung ialah, kami banyak berdiskusi mengapa Surah Yusuf dan Surah Maram yang menjadi pilihan amalan ibu mengandung, bukannya Surah An-Nisa yang terus-terang bercerita A to Z tentang perempuan dipilih…

Kerana itulah, Surah Maryam dipilih sebagai entri pertama diskusi surah dalam blog ini, kerana fakta dan kefahamannya masih ‘fresh’ kami hadam…. dan InsyaAllah, selepas ini Surah Yusuf menyusul pula….

Kalau nak tahu apa yang saya alami ketika mula ‘menyelami’ Surah Maryam dalam konteks kehidupan kami, saya benar-benar terperanjat bila menyedari isi kandungannya betul-betul tepat ditujukan khusus kepada bakal-bakal ibu!

 

MARYAM, CONTOH IBU LUARBIASA.

Ketika mula mendiskusikan muka pertama Surah Maryam, kami seolahnya merasa seperti ditanya dengan satu ‘direct question’ yang begitu mendalam :

‘Asraff, kamu kan benar-benar mahukan anak, tetapi sudahkah kamu fikirkan, MENGAPA kamu mahukan anak? Adakah sekadar inginkan title ‘ibu & ayah’, atau pastikan legasi keturunanmu berpanjangan? … mungkin juga agak ekstrem, mahu jadikannya sebagai ‘alat’ berbangga-bangga jika dia mendapat 10 ‘Straight A’ dalam SPM nanti?

Bukan itu tujuan utama Allah anugerahkan anak kepada kita. Surah Maryam mengajarkan bahawa anak adalah generasi penerus terbaik untuk melindungi kelansungan agama!

Kerana itulah jika diamati, dalam surah ini perkataan Al-Walad (anak) dan Al-Waratsah (warisan) sangat banyak diulang-ulang.

Hmm.. baiklah, kalau benar itu tujuannya, siapakah ‘ibu bapa ideal’ yang boleh kami contohi untuk mendidik anak kami nanti? Bagaimanakah teknik didikan berkesan kearah itu? Saya tertanya-tanya dalam hati…..

 

INI CONTOH IBU-BAPA YANG BENAR-BENAR ‘COOL’!

Surah Maryam menjawab secara tidak langsung :

‘Cuba kamu fahamkan betul-betul isi kandunganku ini… ramai contoh ibu bapa hebat telah diketengahkan agar kamu jadikannya inspirasi dalam mendidik anakmu sebagai penerus amanat Rasul….Nabi Zakaria dengan puteranya Nabi Yahya, Maryam puteri kesayangan Imran dengan anaknya yang begitu luarbiasa – Nabi Isa, Nabi ibrahim serta keturunannya yang mulia – Ismail, Ishak dan Ya’kub….bukankah misi mulia yang mereka jalankan sudah cukup kamu jadikan sebagai contoh dalam mendidik anakmu!’

Benar, 3 individu di atas menjadi ‘hightlight’ utama Surah Maryam kerana kisah mereka mengajar kita 3 misi mulia ibu-bapa & anak :

1 – Nabi Zakaria : mengajar kita yang selalu putus-asa bila susah nak dapat anak – Rupanya dugaan Nabi Zakaria lebih mencabar!  Merintih puluhan tahun dengan doa panjang siang malam hingga lanjut usia untuk mendapatkan zuriat, tetapi yang menariknya, bila ‘hadiah’ anak diterima, Baginda begitu yakin ‘menyerahkan’ anak 100% untuk agama!

Lihatlah betapa bersungguhnya Nabi Zakaria memohon dalam doanya dengan kata-kata yang penuh menghayat hati :

‘Ya Tuhanku, tulangku sudah lemah dan kepalaku penuh beruban, tapi aku tidak pernah kecewa dalam berdoa kepadaMu Ya Tuhan’ (untuk memiliki anak) – Maryam,1 – 7.

Saya cuba menyelami lebih mendalam rintihan Nabi Zakaria, seolah-olahnya Baginda berkata :

‘Ya Allah, hambamu ini sudah tua, isteriku pula mandul, nampaknya kami ni dah takda harapan dah nak miliki anak, tapi bolehkah Engkau dengan kekuasaanMu bagi ‘chance’ kepada kami….kurniakanlah kami walau seorang anak…..’

Saya katakan kepada isteri, jika kita fahami betul-betul rintihan Nabi Zakaria itu dengan bahasa empati, kita akan temui, bahagian yang paling menakjubkan bukannya awal doa itu, tetapi penghujung doa yang Nabi Zakaria lafazkan ‘Ya Allah, sebenarnya kami ini sangat khuatir MASA DEPAN agamaMu ini, disebabkan itulah kami benar-benar memohon, andai kami dikurniakan anak, jadikanlah awal & akhir hidupnya sebagai orang yang Engkau redhoi…’

Saya benar-benar terkesima dengan ‘vision & mission’ Nabi Zakaria inginkan zuriat : Waj’alhu Robbi Rodhiyya! – Jadikanlah ia engkau Redhoi! (Maryam,6)

Kemudian, teliti pula bagaimana selepas itu Nabi Zakaria mendidik anaknya Nabi Yahya : bukan disuapkan dengan material, bukan diwariskan dengan ‘fix deposit’ 100 juta, tetapi ini ‘asas’ yang dicurahkannya untuk membentuk Yahya :

Wahai Yahya, ambillah (pelajarilah) kitab (Taurat) itu dengan bersungguh-sungguh, dan kami berikannya hikmah ketika kecil. (Maryam 12)

 

2 – PENGALAMAN MARYAM YANG LEBIH MENCABAR.

Lalu isteri saya bertanya : ‘Abang, ‘at least’ Nabi Yahya itu ada juga ibu bapanya, bagaimana pula dengan mereka yang mengandung sorang-sorang tanpa suami yang telah meninggal dunia? Kan lebih susah cabarannya, kan? 

Betul juga, tapi kita belum habis diskusikan surah ini. Mari kita lanjutkan kepada contoh kedua : Maryam.

Cerita Maryam ditujukan khas kepada mereka yang mudah mengeluh ketika merasai sukarnya mengandung. ‘Wahnan ala wahnin’ iaitu ‘kesukaran yang begitu melemahkan (Lukman,14)’ – itulah ‘derita’ yang Al-Quran sifatkan untuk mereka. Ada juga yang lebih besar cabarannya, sudahlah anak dilahirkan songsang, rasa sakit ketika bersalinnya Tuhan saja yang tahu, tiba-tiba didapati anaknya berpenyakit jantung berlubang! Na’uuzu billahi min Zalik!

Untuk ibu-ibu sebegini, Maryam dengan penuh kasih-sayang berkongsi inspirasi dengan ceritanya yang lebih mendebarkan :

Ibu Maryam (isteri Imran) telah lama mengimpikan anak lelaki yang sudah siap dinazarkan kelahirannya sebagai pejuang membebaskan Masjidil Aqsa dari taklukan Rom (A’li-Iman 35). Tetapi Allah menakdirkan sebaliknya. Mahukan anak lelaki, Maryam pula yang dianugerahkan. Tidak berputus-asa dengan itu, Maryam bertekad melanjutkan keinginan ibunya itu kepada cucunya, Nabi Isa A.S.

Tetapi Nabi Isa lahir dengan dugaan yang cukup berat. Ia dimulai dengan tohmahan mengandung anak luar nikah walaupun Maryam dijamin Tuhan bahawa anak yang dikandung tanpa bapa itu ‘sebagai tanda kekuasaan kami kepada manusia dan rahmat bagimu. (Maryam, 21)’.

Tidak cukup dengan itu, Maryam terpaksa melahirkan anaknya ditengah padang pasir yang jauh dari bantuan orang, tanpa doktor atau bidan bersalin! Hanya sebatang pohon kurma yang setia menjadi temannya disaat bertarung nyawa. Maka tidak hairanlah, sempat juga Maryam sedikit berputus-asa : 

 ‘Alangkah baiknya kalau Aku mati sebelum ini dan menjadilah Aku sesuatu Yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang! (Maryam, 23).

Kalau kita ditempat Maryam, mungkin ini jadinya pada Nabi Isa : dibuang dalam timbunan sampah atau dicampakkan ke sungai! Paling baik pun ditinggalkan depan surau dengan nota ‘tolong hantar anak ini ke Jabatan Kebajikan Masyarakat!’

Tetapi Maryam mengajarkan sebaliknya : jangan cepat berkeluh-kesah dengan dugaan menimpa. Selagi anda kekal dengan misi mulia, Tuhan tetap akan menunjukkan penamat yang baik kepada anda. Percayalah ini bukan omongan kosong kerana Maryam telah membuktikannya. Beliau dimuliakan dengan anaknya Isa A.S begitu fasih menempelak pencerca ibunya ketika umur kurang sebulan walaupun sebelum itu mereka mengejek Maryam ‘Bagaimana Kami boleh berkata-kata dengan seorang Yang masih kanak-kanak Dalam buaian? (Maryam 29).

Pendek kata, cerita Maryam mengajar kita ‘If it is God’s will, impossible is nothing!’

——————————

Itu yang Nabi Zakaria dan Maryam ajarkan dalam ‘first half’ Surah Maryam…. tentu kita ingin tahu apa pula yang Nabi Ibrahim kongsikan dalam ‘debat hangat’ dengan bapanya, Azar?

Memang kalau boleh, saya ingin menceritakannya sekarang juga….tetapi, bak permainan bolasepak, rehat 15 minit perlu diberikan agar pemain lebih bersedia untuk separuh masa kedua. Dan itulah sebab utama saya menghentikan bicara Surah Maryam untuk seketika. Refresh otak. Walaupun idea mencurah, tetapi imaginasi penulisan saya sudah ‘jammed’.

Untuk itu, saya ingin memohon maaf kerana terpaksa memberhentikan penulisan ketika anda sedang menikmatinya. Tetapi ada baiknya juga untuk anda. Sama seperti pengalaman menonton bola, ambil masa ini untk beli burger atau minuman dahulu. Basahkan tekak.

Cuba baca seketika maksud Surah Maryam agar lebih faham apa yang saya perkatakan dalam entri ini. Kemudian selepas dua tiga hari lagi, buka blog ini semula bagi sambungan entri seterusnya. Barulah ketika itu kita lebih bersedia untuk menikmati ‘thrill’ klimaks penghujungnya.

Terakhir sebelum berundur : Inspirasi sebenar tidak hanya terletak dalam buku motivasi barat karangan motivator ulung, tetapi ia boleh ditemui dalam kitab ‘motivasi’ teragung kita : Al-Quran. 

Share

Share On :
 

6 Responses so far.

  1. hamba Allah says:

    saya memang nak ank perempuan i/allah saya cuba

  2. as says:

    awat x perabih cerita??
    best la ayat2 karangan nie.
    saya bg A+++.
    tq.

  3. khadijah says:

    saya pun anak perempuan. sekarang mengandung 5 bulan. sejak sebulan lalu, saya selalu mengamalkan surah Maryam. sama ada membaca nya atau saya dengar kn baby saya dengan head phone yang ada saya safe dalam handphone saya. semoga amalan saya ini, menjadi kenyataan. Amin~ doakan saya yee :)

  4. no name says:

    mmg bnyk dh berlaku…dlu msa ingginkn ank llki amalkn surah yusuf dn alhmdlla ank llki yg keluarv dr rahim ni…skrg nk ank girl plk..doa kn yer..

  5. lynnsr says:

    alhamdulillah..tuhan semoga engkau perkenankan hambaMu ini..aminnn…saya baru nak masuk lima bulan, mudahan bakal anak ke-2 ini peroleh anak perempuan pula…aminnn..

  6. wawa says:

    alhamdulillah..saya diberi rezeki untuk mengandung lagi anak ke5. 4 orang adalah mujahidin semuanya..membaca tulisan ini menyemarakkan lagi doa saya mohon dikurniakan seorang PUTERI sebagai penyeri..AMINN..