Hubungi Saya
+601123052822 or Click Here
Article

Nabi Yusuf : manusia luarbiasa yang lebih ‘hensem’ dari Superman!

 

 

 

 

‘Ayang, kalau baby first kita ni ditakdirkan lelaki, ayang nak perangai dia ni macammana?’ … soalan yang saya ajukan kepada isteri sewaktu kami sedang strolling mengambil angin petang di Hagley Park, Christchurch ketika awal kehamilannya…

 

‘Hmm, dia mesti beriman, hormati ibu-bapa, bijak, berani dan kuat hadapi cabaran….’ Ujar isteri saya, sambil memerhatikan sekumpulan belia berlatih rugbi dengan baju ‘All Black’ tertera dibelakang.

 

‘Takkan kuat macam pemain rugbi tu je? sifat lain takde?’ Saya cuba memancing idea lain yang tersimpan di mindanya…

 

‘Hmm.. kalau nak lagi ok, muka mesti ‘hensem’ macam superman!!’… dia menjawab, tersenyum-senyum sambil matanya yang berkaca-kaca memandang saya penuh keriangan, agaknya membayangkan saya sebagai ‘superman’ yang ‘real’lah kot…..

 

‘But, superman tu ‘just hensem’ je, tapi tak beriman, … kalau ayang nak tahu, ada superhero  lebih hebat dari dia, namanya Yusufman!!’

 

‘Yusufman??? Tak pernah dengar pun nama dia dalam komik! … isteri saya menjawab dengan dahi berkerut, tertanya-tanya….

 

‘Takpe, malam ni abang cerita siapa dia ‘Yusufman’….. saya tersenyum, membiarkan ‘curiosity’nya meningkat…..

 

 

SURAH YUSUF : THE BEST STORY EVER

 

Kalaulah kisah Al-Quran di’academy awardkan’ sudah tentu pemenangnya adalah Surah Yusuf!…. Itu yang saya tuturkan ketika mula mendiskusikan Surah Yusuf bersama isteri..

 

Mengapa saya berpandangan begitu? Ini kerana dari awal lagi, Allah telah memberikan pengiktirafan yang sangat tinggi kepada segenap dimensi jalan & intipati ceritanya. Perkataan ‘Ahsanal Qosos : The best story ever’ (Yusuf, 3) – merupakan frasa yang digunakan untuk menggambarkan ketinggian kualiti Surah Yusuf.  Memang banyak perbezaan yang boleh kita jumpai apabila membandingkan Surah ini dengan 113 surah lain, antaranya :

 

1.         Surah Yusuf merupakan satu-satunya surah yang mengandungi ayat dialog terbanyak iaitu 86 ayat dari 111 jumlah keseluruhan ayatnya. Maknanya, jika Surah ini ingin diangkat ke filem, dialog para pelakonnya sudah tersedia tanpa perlu mengupah penulis skrip untuk menuliskannya!

 

2.         Kisah Nabi Yusuf adalah kisah yang paling lengkap berkenaan sejarah hidup seorang nabi dalam Quran, di mana ia bermula sejak Nabi Yusuf kecil hinggalah baginda dewasa. Dan lebih menariknya, semua ayat berkenaan kisah hidup baginda terkumpul dalam satu surah khas, iaitu surah Yusuf. Ini berbeza dengan ayat-ayat berkenaan kisah nabi-nabi lain yang tidak terkumpul dalam surah yang dinamai sempena nama masing-masing.

 

3.         Jika dilihat filem ‘blockbuster’ yang ‘evergreen’ sepanjang zaman, semuanya berkongsi satu tema utama  iaitu ‘kebaikan’ lawan ‘kejahatan’. Surah Yusuf juga berpusing pada tema serupa : baik lawan jahat & hero bersengketa dengan crook. Watak-watak yang melambangkan tema kebaikan adalah Nabi Yusuf, Nabi Yaakub, Bunyamin serta Raja Mesir, manakala watak-watak yang melambangkan tema kejahatan adalah isteri al-Aziz dan abang-abang Nabi Yusuf.

 

Itu adalah mukaddimahnya… Mari kita lanjukan mengapa Nabi Yusuf lebih layak bergelar ‘Superman’ dari Superman filem!

           

NABI YUSUF A.S : THE REAL SUPERMAN.

 

Bila disebut ‘Superman’, apakah criteria utama yang kita bayangkan? Sudah tentu pertama sekali : ‘handsome’. Keduanya berkeupayaan luarbiasa, dan ketiganya berpakaian ‘pelik’ dengan seluar dalam diluar!

 

Kecuali kriteria ketiga, kedua-dua sifat pertama terpancar dalam diri Nabi Yusuf. Bagi criteria pertama, saya berani bertaruh, jika kita merasakan hero superman filem sudah mencapai tahap ‘kacak tahap sempurna’, gandakan ketampanan tersebut 100 kali dan anda akan bertemu dengan Nabi Yusuf!

 

Ini bukan omongan kosong. Surah Yusuf sendiri mengesahkannya :

 

Maka apabila ia (Zulaikha) mendengar cacian mereka, dia pun menjemput mereka dan menyediakan satu jamuan untuk mereka, serta memberi kepada – tiap seorang di antara mereka sebilah pisau. dan pada ketika itu berkatalah ia (kepada Yusuf): “Keluarlah di hadapan mereka”. maka ketika mereka melihatnya, mereka tercengang melihat kecantikan parasnya, dan mereka dengan tidak sedar melukakan tangan mereka sambil berkata: “Jauhnya Allah dari kekurangan! ini bukanlah seorang manusia, ini tidak lain melainkan malaikat Yang mulia!” (Surah Yusuf, 31)

 

Saya tidak dapat bayangkan bagaimana tampannya seorang jejaka jika wanita yang melihatnya begitu terpesona, terpukau hinggakan tanpa sedar menghiris tangan sendiri… MasyaAllah Tabarakallah!! Tetapi inilah kurnia Allah kepada Nabi Yusuf, rupa parasnya sangat sempurna bak malaikat hingga jauh meninggalkan kekacakan manusia biasa.

 

TETAPI, ADAKAH ITU SAHAJA KELEBIHAN NABI YUSUF?

 

Status ‘superman’ dianggap tidak sah tanpa berkeupayaan luarbiasa. Begitulah dengan Yusuf,  nabi yang memiliki keupayaan ‘luarbiasa’. Cuma kali ini, saya tidaklah memaksudkannya dengan keupayaan terbang di angkasa, atau memikul pesawat terbang dengan sebelah tangan!

 

Keupayaan ‘luarbiasa’ yang Nabi Yusuf tonjolkan dianggap lebih hebat dari Superman kerana :

 

-  Seperti Superman, Nabi Yusuf juga menghadapi pancaroba & ujian dasyat, cuma bezanya dugaan yang baginda hadapi bukanlah rekaan filem, tetapi ia benar-benar ‘real’. Cabaran nyata yang bukan mudah untuk dihadapi oleh manusia biasa seperti :

 

1. Komplot anak derhaka.

2. Cemburu adik-beradik.

3. Plot rancangan pembunuhan.

4. Cinta terlarang.

5. Fitnah dan di’kambinghitam’kan.

6. Pendustaan, tipu helah.

 

CABARAN PERTAMA : DENDAM, PENGKHIANATAN & KOMPLOT PEMBUNUHAN.

 

Betul lah kata ulama, manusia jarang mengambil iktibar dari peristiwa pembunuhan manusia pertama. Pembunuhan Habil oleh Qabil akibat cemburu & dendam telah menjadi sebab yang sama untuk adik-beradik Yusuf berpakat mengkhianati baginda.

 

Ketika saudara-saudara Yusuf berkata (sesama sendiri): “Sesungguhnya Yusuf dan adiknya, lebih disayangi oleh bapa kita daripada kita, padahal kita ini satu kumpulan (yang ramai dan berguna). Sesungguhnya bapa kita adalah Dalam keadaan tidak adil Yang nyata.” (Yusuf, 8 .)

 

Kemudian, pendekatan ala ‘Machiavelli’ mengambil tempat. ‘Matlamat menghalalkan cara’ : itulah justifikasi yang difikirkan oleh saudara Yusuf hingga tergamak berkomplot untuk membunuhnya (Yusuf, 9). Nasib baiklah, ada juga diantara mereka yang lebih berhati perut : mencadangkan agar Yusuf dibuang sahaja ke dalam sebuah “perigi buta” yang terletak di persimpangan jalan kafilah-kafilah dagang dan para musafir beristirehat (Yusuf, 10). Dengan itu, berkemungkinan Yusuf akan diselamatkan dari perigi tersebut dan di bawa oleh sesiapa sahaja untuk dijadikan hamba.

 

Anda boleh mengikuti debaran dan ‘twist’ adegan plot pengkhianatan ini dalam ayat 8 – 22 Surah Yusuf.

 

=============

 

P.s – saya rasa perlu berhenti dulu, sebab anak saya sudah merengek.. mungkin pampers dia dah penuh kot….hehe….bapa mithali-lah katakan… nanti lepas tukar pampers, susu dan dodoikan dia, sy akan sambung semula entri Surah Yusuf yang ‘so interesting’ ini….

 

================

 

Entri ini adalah sebahagian dari projek saya untuk berkongsi apa yang saya lihat,faham,feel,belajar & hayati dari 114 Surah Al-Quran kepada seluruh pengunjung blog. Tujuan projek penulisannya ada dihuraikan disini.

 

 

 

 

Share

Share On :
 

5 Responses so far.

  1. izzah atirah says:

    tak ade sambungan ke utk entry ni?
    d story sgt-sgt menarik
    nak bukak tafsir
    tp mse sgt suntuk dgn study
    bila ade orang nk tolong ceritakan
    saya sgt appreciate

  2. azie razinah says:

    hmm..saya nak printkan article ni lah nak bagi kat kawan yg tgh pregnant,

  3. quinnmanja says:

    salam….blh x ustaz asraff bg sy surah nabi yusuf…sekrg ni sy tgh mngndung…org tua2 slalu bkata,,amalkn surah nabi yusuf,,supaya anak kacak spt nabi yusuf..jd sy nk amalkan ayat tsbt…tp sy xth ayt2 yg prlu sy bc??ustaz blh tlg sy x??

    • Ustaz Asraff says:

      elok baca semua surah itu. klu tak larat baca semua sehari, baca sikit dan khatam sekali seminggu. Lagi seminggu cuba baca tafsirnya pula…insyaAllah akan lebih bermanfaat